Canselor Jerman, Angela Merkel bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Jerman di Hannover semalam.
Pemimpin kedua-dua negara mengadakan perbincangan mengenai situasi di Syria dan isu "zon selamat" pelarian Syria.
Kedua-dua pemimpin menekankan peri pentingnya krisis Syria diselesaikan melalui kaedah politik, namun mereka bercanggah pendapat dalam isu penubuhan "zon selamat" pelarian Syria.
Merkel bersetuju dengan cadangan Turki untuk menubuhkan zon selamat di sempadan Turki-Syria.
Dalam sidang akhbar selepas rundingan tersebut diadakan, Merkel menjelaskan bahawa di zon selamat tersebut semua pihak berkewajipan untuk melindungi pelarian dan kemasukan barang-barang bantuan kemanusiaan akan lebih terjamin.
Tegasnya lagi, penubuhan zon selamat tersebut perlu dibincangkan dalam rundingan damai di Geneva.
Namun, Obama mempersoalkan perkara tersebut kerana pihaknya telah meneliti cadangan itu, dan berpendapat bahawa cadangan tersebut sukar dijalankan kerana melibatkan penempatan sejumlah besar tentera dan kawalan keluar masuk pelarian juga sukar dipantau.