Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh perjanjian genjatan senjata Syria, dan terus mengadakan kerjasama di bawah rangka Kumpulan Penyokong Antarabangsa Syria (ISSG).
Rusia dan AS menyatakan bahawa kedua-dua negara itu akan terus meneliti kaedah kerjasama dua hala bagi memperkukuh perjanjian genjatan senjata, melindungi bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada rakyat Syria dan melaksanakan proses penyelesaian krisis Syria melalui saluran politik.
Lavrov menegaskan bahawa kumpulan penentang sederhana Syria perlu berundur dari kawasan yang dikawal oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Barisan al-Nusra dengan secepat mungkin pada ketika ini.
Dalam perkembangan yang berkaitan, sekurang-kurangnya 31 orang maut, manakala 122 lagi cedera dalam beberapa serangan di Syria.