Cari:
Pulau Huangyan, Wilayah Yang Diwarisi China
2016-04-26 11:50:35 CRI Cetak

Menurut laman web Kementerian Pertahanan China, terdapat laporan yang menyebut enam pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) melaksanakan misi penerbangan di "ruang udara antarabangsa" di sekitar pulau Huangyan pada 19 April lalu.

Ketika mengulas perkara tersebut, Jabatan Penerangan Kementerian Pertahanan China menegaskan bahawa kepulauan Huangyan adalah antara wilayah yang diwarisi oleh China. Pasukan tentera China akan mengambil segala tindakan yang sewajarnya untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.

Menurut kenyataan jabatan itu, AS mahu menenterakan Laut China Selatan dengan alasan kebebasan perkapalan dan penerbangan, tindakan negara itu telah mengancam kedaulatan dan keselamatan negara-negara di kawasan berkenaan, serta menjejaskan keamanan dan ketenteraman rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China