Stesen kereta api bawah tanah Maelbeek di Brussels, ibu negara Belgium yang mengalami serangan ganas sebulan lalu telah dibuka semula semalam.
Setakat ini, semua 69 stesen kereta api bawah tanah di Brussels telah dibuka semula.
Selain itu, anggota polis atau tentera ditempatkan bertugas di beberapa stesen yang sibuk.
Lapangan Terbang Brussels dan stesen kereta api bawah tanah Maelbeek yang terletak berdekatan dengan ibu pejabat Kesatuan Eropah mengalami serangan bom yang meragut 32 nyawa dan hampir 300 lagi cedera pada 22 Mac lalu.