Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, China mendapati Menteri Luar Jepun, Kishida Fumio telah mengeluarkan pelbagai isyarat positif untuk membaiki hubungan dengan China. Beliau berharap agar negara itu dapat mengotakan kata-kata mereka.
Walau bagaimanapun, China berasa kesal dengan tindakan Jepun yang memberikan komen kurang sesuai tentang beberapa hal-ehwal China.
Hua berkata, China berpegang pada prinsip pembangunan secara damai dan mengamalkan dasar pertahanan yang bersifat defensif. Tindakan China di Laut Timur dan Laut China Selatan adalah sah. Jepun harus meletakkan diri sendiri pada kedudukan yang betul dan jangan sesekali mengambil tindakan yang menjejaskan kestabilan serantau.