Cari:
China Harap AS Hormati Kedaulatan dan Keselamatan Negara Lain
2016-04-27 11:48:59 CRI Cetak
  Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, China sedia maklum akan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), dan berharap AS dapat menghormati kedaulatan dan keselamatan negara lain serta mengambil tindakan yang bermanfaat demi memelihara tatatertib maritim antarabangsa dan keamanan serantau.

Menurut beliau, yang dikatakan "Pelan Pelayaran Bebas" dalam laporan tahunan AS tersebut tidak lebih daripada penyebaran pandangan sepihaknya secara paksaan, dengan menunjukkan kuasa udara dan laut negara itu.

Pengumuman "Pelan Pelayaran Bebas" sebelum penandatanganan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS)

pada tahun 1979 adalah untuk mengelak penyertannya dalam konvensyen tersebut, di samping memberikan kebebasan maksimum kepada tentera AS untuk keluar masuk di kawasan perairan dunia.

Keadaan tersebut jelas menunjukkan cubaan negara itu untuk mendominasi tatatertib maritim antarabangsa dan pemikiran hegemoni.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China