Cari:
Turki Terus Buka Pintu Terima Pelarian Syria
2016-04-27 14:41:10 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika berada di Baku, ibu negara Azerbaijan semalam berkata, Turki akan terus memerangi keganasan di samping membuka pintu untuk menerima pelarian Syria.

Pada hari yang sama, negara itu sekali lagi membedil sarang kumpulan militan Negara Islam (IS) yang terletak di utara Syria dengan meriam dan membunuh 11 anggotanya.

Erdogan berkata, sejak perang saudara tercetus di Syria, Turki telah menerima 3 juta pelarian Syria dan membelanjakan kira-kira USD 10 bilion (RM 39.16 bilion).

Negara itu akan terus membuka pintu untuk menerima pelarian Syria.

Menurut beliau, ideologi yang melampau, rasisme dan keganasan merupakan ancaman utama kepada masyarakat antarabangsa dan mesti dibanteras.

Beliau juga memberikan amaran supaya jangan mengaitkan keganasan dengan agama Islam, kerana penganut Islam adalah mangsa keganasan yang utama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China