Pemimpin puak pembangkang Sudan Selatan yang juga mantan Naib Presiden, Riek Machar kembali ke Juba, ibu negara itu semalam dan mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Sudan Selatan.
Menurut beliau, ketenteraman masyarakat dan pembangunan ekonomi adalah antara perkara penting bagi Sudan Selatan. Proses perdamaian negara amat penting dan memerlukan usaha bersama seluruh rakyat.
Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir mengalu-alukan kepulangan Riek Machar dan menyatakan bahawa kepulangan Riek Machar ke Juba menandakan konflik domestik di negara itu telah berakhir.
Pembentukan kerajaan perpaduan peralihan merupakan satu-satunya pilihan yang tepat bagi negara tersebut.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon
melalui jurucakapnya mengalu-alukan pelantikan Riek Machar sebagai naib presiden dan menggesa Sudan Selatan membentuk kerajaan peralihan secepat mungkin.