Cari:
Xi Jinping Berucap dalam Mesyuarat CICA
2016-04-28 13:29:33 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Luar ke-5 Persidangan Mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) dirasmikan di Beijing hari ini. Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis perasmian mesyuarat itu dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk " Membina konsensus, Galakkan Dialog, Bersama Cipta Masa Depan Asia Yang Damai dan Makmur".

Xi Jinping berkata, keamanan dan kestabilan merupakan arah aliran perkembangan Asia pada masa ini, manakala pembangunan dan kemakmuran merupakan cita-cita bersama rakyat rantau ini. Walaupun ekonomi Asia mendahului pertumbuhan ekonomi dunia dan kedudukan strategik Asia di dunia kian meningkat, namun masalah keselamatan tradisional seperti konflik di sesetengah kawasan Asia masih wujud dan ancaman keselamatan bukan tradisional seperti keganasan kian ketara.  

Beliau menegaskan, negara-negara Asia harus meningkatkan rasa saling mempercayai melalui dialog, membentuk mekanisme bagi mengawal krisis, meredakan ketegangan melalui peningkatan rasa saling mempercayai dan menyelesaikan krisis melalui saluran politik. Beliau mengalu-alukan negara lain memberikan sumbangan kepada pembangunan damai Asia.

Menurut Xi, China berpegang kepada dasar luar yang damai, menempuh jalan pembangunan secara damai, menggalakkan hubungan antarabangsa yang berfokuskan kerjasama yang saling menguntungkan serta bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China