Cari:
Wang Yi: CICA Berikan Sumbangan bagi Pelihara Keamanan, Keselamatan dan Kestabilan Serantau
2016-04-28 17:20:52 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Luar ke-5 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) dirasmikan di Beijing hari ini.

Menteri Luar China, Wang Yi, ketika menyampaikan ucaptama berkata, sejak penubuhan mekanisme itu, CICA telah memberikan sumbangan besar bagi menggalakkan rasa saling mempercayai dan kerjasama pelbagai negara, memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

Menurut beliau, pertama, CICA menetapkan kod tatalaku bersama pelbagai negara serantau, iaitu menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah, tidak menggunakan atau mengancam menggunakan kuasa ketenteraan dan tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain serta menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai.

Kedua, CICA mencipta model "kepercayaan dalam Kerjasama" yang bermanfaat bagi mendorong rasa saling mempercayai politik dan kerjasama keselamatan pelbagai negara.

Ketiga, CICA mewujudkan platform kerjasama dan komunikasi baharu untuk meningkatkan persefahaman dalam kalangan anggota, mencapai dan membina konsensus serta bersama-sama menggalakkan pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China