Cari:
CICA ke-5 Dirasmikan
2016-04-29 11:39:03 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Luar ke-5 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) dirasmikan di Beijing semalam. Sebanyak 40 wakil termasuk Menteri Luar anggota CICA dan negara pemerhati, serta pegawai pertubuhan antarabangsa menghadiri mesyuarat tersebut.

Menteri Luar China, Wang Yi mempengerusikan mesyuarat tersebut. Ketika menyampaikan ucaptama, beliau berkata, sejak penubuhan CICA telah memberikan sumbangan besar bagi menggalakkan rasa saling mempercayai dan kerjasama pelbagai negara, memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau. Beliau berkata, sejak China menyandang jawatan negara pengerusi CICA pada 2014, China bersama-sama anggota yang lain telah berusaha mengambil tindakan kepercayaan dalam bidang ketenteraan dan politik, ancaman dan cabaran baharu, ekonomi, sosiobudaya dan perlindungan alam sekitar. Tambah beliau lagi, China bersedia untuk berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan perpaduan dan rasa saling mempercayai serta bersama-sama mencapai konsensus.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China