Cari:
Britain Pusat Penjelasan RMB Luar Pesisir Kedua Terbesar
2016-04-29 15:16:47 CRI Cetak

Menurut laporan Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT) semalam, jumlah pembayaran renminbi (RMB) di Britain meningkat 21 peratus dalam tempoh Mac 2014 hingga Mac 2016. Oleh itu, Britain telah mendahului Singapura dan menjadi pusat penjelasan RMB luar pesisir kedua terbesar selepas Hong Kong.

Menurut laporan tersebut, Hong Kong masih merupakan pusat penjelasan RMB luar pesisir terbesar di dunia yang menguruskan 72.5 peratus daripada jumlah urusan pembayaran RMB, diikuti Britain dan Singapura yang masing-masing mencatat 6.3 peratus dan 4.6 peratus.

Pegawai SWIFT di Britain, Stephen Gilderdale berkata, sejak China Constraction Bank cawangan London menjadi bank penjelasan RMB pada bulan Jun 2014, urusan pembayaran RMB antara Britain dengan Tanah Besar China dan Hong Kong berkembang stabil.  

Difahamkan, RMB kekal sebagai mata wang kelima terbesar dalam urusan pembayaran global dengan perkadaran 1.88 peratus pada Mac tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China