Cari:
AS Didakwa Hantar Pasukan ke Syria
2016-04-29 14:44:56 CRI Cetak

Kementerian Luar Syria semalam mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar pasukan tenteranya memasuki wilayah Syria kerana tindakan AS itu menyalahi undang-undang.

Menurut kenyataan itu, seramai 150 anggota tentera AS telah memasuki kawasan Rumailan, Syria. Tindakan pencerobohan tersebut jelas mencabuli kedaulatan Syria.

Tanpa kebenaran Syria, tindakan AS itu ternyata menyalahi undang-undang dan tidak dapat diterima.

Presiden AS, Barack Obama mengumumkan keputusan untuk menghantar 250 anggota tentera ke Syria bagi membantu kumpulan pembangkang sederhana membanteras pertubuhan ekstrimis Negara Islam (IS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China