Cari:
Konsulat Rusia Diserang Pengganas
2016-04-30 15:06:00 CRI Cetak

Menurut protal Kementerian Luar Rusia, pejabat konsulat Rusia ke Syria di Aleppo mengalami serangan meriam oleh kumpulan pengganas Barisan Al-Nusra pada 28 April lalu. Namun, serangan itu tidak mengakibatkan kematian atau kecederaan orang.

Kementerian Luar Rusia mengutus keras serangan itu dan berpendapat pihaknya patut memberikan balasan terhadap hal ini. Di samping itu, Rusia dan Amerika Syarikat (AS) perlu meningkatkan penyelarasan dalam isu Syria.

Pejabat konsulat itu telah menghentikan kerja berikutan situasi keselamatan yang semakin memburuk pada Januari tahun 2013. Kebanyakan pegawai konsulat telah dipindahkan ke kedutaan besar di Damsyik.

Menurut Agensi Berita Syria, bandar Aleppo mengalami serangan lagi semalam. Ini merupakan hari ketujuh bandar itu mengalami serangan secara berturut-turut. Jumlah kematian dan kecederaan telah melebihi 100 orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China