Jumlah eksport minyak berat yang mencatat 31 juta liter sehari menjadikan Iran negara pengeksport minyak berat yang terbesar di dunia.
Demikian dinyatakan oleh pengurus National Iranian Oil Products Distribution Company, Seyed Naser Sajjadi semalam.
Menurutnya, jumlah penggunaan minyak berat dalam negeri Iran menurun daripada 24.5 juta liter sehari pada tahun lalu kepada 13.5 juta liter sehari selepas 20 Mac lalu. Walau bagaimana pun, jumlah eksport minyak berat melebihi 31 juta sehari.
Kini, Singapura masih merupakan negara pengimport minyak berat terbesar bagi Iran.