Cari:
Perintah Darurat di Baghdad
2016-05-01 15:38:09 CRI Cetak

Tentera Iraq mengumumkan perintah darurat dilaksanakan di Baghdad bermula pada 30 April lalu disebabkan orang awam menyerbu jabatan kerajaan.

Jurucakap tentera Iraq dalam kenyataan menyatakan, semua jalan masuk ke Baghdad telah ditutup, semua orang dilarang masuk ke bandar itu. Namun orang awam tetap bebas untuk keluar bandar itu.

Beribu-ribu penduduk awam menyerbu masuk ke "zon hijau", iaitu tempat jabatan kerajaan Iraq petang semalam dan berjaya menduduki bangunan parlimen.

"Zon hijau" terletak di pusat bandar Baghdad dan hanya mereka yang memiliki permit khas dapat keluar masuk zon itu.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menyeru penduduk awam berundur dari "zon hijau" ke tempat lain untuk mengadakan tunjuk perasaan. Beliau menegaskan, situasi keselamatan Baghdad adalah dalam kawalan kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China