Cari:
Li Keqiang Ditemui Kishida Fumio
2016-05-01 15:43:41 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Menteri Luar Jepun, Kishida Fumio di Beijing petang semalam.

Li menyatakan, mengembangkan hubungan China-Jepun yang sihat dan stabil untuk jangka masa yang panjang sesuai dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat, dan bermanfaat demi kestabilan dan kemakmuran serantau, malah dunia. Walaupun hubungan kedua-dua negara menunjukkan tanda pulih, namun asasnya masih lemah. China bersedia berusaha bersama dengan Jepun dengan semangat "mengambil iktibar daripada sejarah, berhadapan dengan masa depan", meningkatkan kesalingpercayaan politik dan menggalakkan hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan yang normal.

Li berkata, prinsip pemulihan hubungan China-Jepun tidak boleh berganjak. China berharap Jepun mengamalkan dasar pembangunan secara damai, mematuhi empat dokumen politik kedua-dua negara, menyelesaikan masalah yang menjejaskan hubungan dua hala, menyediakan suasana yang baik bagi pemulihan mekanisme kerjasama dan dialog dua hala serta pertemuan pemimpin China-Korea Selatan-Jepun.

Beliau menegaskan, ekonomi kedua-dua negara saling melengkapi. China bersedia meluaskan kerjasama dengan Jepun dalam pelbagai bidang dan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Kishida Fumio pula berkata, Jepun bersedia mematuhi semangat empat dokumen politik, saling menghormati dan mengawal perselisihan dan membina hubungan China-Jepun yang berhadapan masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China