Cari:
Wang Yi: Empat Perkara demi Membaiki Hubungan China-Jepun
2016-05-01 15:13:15 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui rakan sejawatnya dari Jepun, Kishida Fumio di Beijing semalam.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi mengemukakan empat perkara demi membaiki hubungan China-Jepun.

Pertama, Jepun patut mematuhi empat dokumen penting termasuk Kenyataan Bersama China-Jepun, memandang betul sejarah dan mengambil iktibar daripada sejarah, mengamalkan dasar satu China, yang turut antara dasar politik penting dalam hubungan antara kedua-dua negara ini.

Kedua, Jepun perlu melaksanakan konsensus China dan Jepun saling merupakan rakan kerjasama dan tidak memberikan ancaman antara satu sama lain, mengambil sikap betul dalam memandang pembangunan China, dan tidak menyebar lagi kenyataan ancaman China atau kemerosotan ekonomi China.

Ketiga, Jepun patut membina konsep kerjasama dan situasi menang-menang, melepaskan fikiran yang ketinggalan zaman, benar-benar mempergiat kerjasama pragmatik dengan China berdasarkan prinsip sama rata dan saling menguntungkan.

Dan keempat, Jepun dan China perlu menghormati kepentingan dan keprihatinan masing-masing, meningkatkan penyelarasan dan komunikasi demi menyumbangkan keamanan dan kesejahteraan serantau.

Kishida Fumio menyatakan komitmen Jepun untuk menegaskan lagi konsensus "Jepun dan China saling merupakan rakan kerjasama dan tidak memberikan ancaman antara satu sama lain".

Beliau berkata Jepun akan terus mematuhi empat dokumen penting tersebut, mengambil iktiber daripada sejarah dan membangun secara damai, berusaha bersama-sama dengan China, memperkukuh pemahaman dan kepercayaan, memperkasakan kerjasama dan interaksi dengan China dalam pelbagai bidang, mengawal perselisihan sebaik-baiknya, demi mengembangkan hubungan Jepun-China yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China