Ketika diwawancara di studio stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Kebangsaan (NBC) dalam program "Meet the Press" semalam, Brennan berikrar untuk menumpaskan IS dan membunuh Abu Bakr al-Baghdadi.
Katanya, jika al-Baghdadi terbunuh, perkara signifikan itu akan memberi impak yang besar kepada IS.
Brennan mengakui usaha membanteras IS berdepan dengan cabaran besar kerana IS bukan sahaja merupakan satu kumpulan, tetapi juga fenomena baharu yang akan mendatangkan cabaran kepada AS dalam tempoh bebarapa tahun akan datang.
AS akan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan di Eropah untuk memerangi kumpulan militan tersebut.