Cari:
32 Maut Letupan Bom di Selatan Iraq
2016-05-02 15:55:29 CRI Cetak

Dua kejadian letupan bom yang berlaku di bandar Samawa, wilayah Muthanna, selatan Iraq semalam telah mengakibatkan sekurang-kurang 32 orang maut dan 75 lagi cedera.

Menurut polis, dua bom kereta meletup di bandar tersebut dengan letupan pertama berlaku pada tengah hari di sebuah tempat letak kereta berdekatan dengan bangunan pejabat kerajaan tempatan.

Letupan kedua berlaku di sebuah lot letak kereta di daerah al-Sharji. Bilangan kematian dijangka akan terus naik.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pada 30 April lalu, IS telah melakukan serangan bom di Baghdad, ibu negara Iraq yang mengakibatkan 24 orang mati dan 38 lagi cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China