Bintang sitkom Friends AS, Jennifer Aniston dinobatkan "Personaliti Paling Cantik 2016" oleh majalah antarabangsa People.
Aniston teruja dengan pengiktirafan ini kerana kali terakhir beliau merangkul gelaran ini pada tahun 2004.
Pelakon berusia 47 tahun itu berkata, definisi kecantikan kini lebih kepada mempelajari untuk mencintai segalanya tentang diri sendiri, dan bukan sahaja tentang memakai pakaian yang cantik dan tentang kecantikan luaran.
(sumber Astro Awani Malaysia)