Cari:
Jepun Digesa Tidak Libatkan Diri dalam Isu Laut China Selatan
2016-05-04 17:24:04 CRI Cetak

Jepun digesa agar tidak melibatkan diri lagi dalam isu Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media hari ini.

Menyentuh kebimbangan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Menteri Luar, Fumio Kishida dalam lawatan di negara-negara Eropah dan Asia Tenggara baru-baru ini, Hong Lei berkata, Jepun selaku negara di luar rantau tetap berdegil untuk menonjolkan diri dalam isu Laut China Selatan.

Tindakan tersebut jelas mencerminkan muslihat Jepun dalam hal itu, selain memperlihatkan lagi rekod buruk pencerobohan Jepun terhadap pulau dan terumbu China di Laut China Selatan semasa Perang Dunia II.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China