Cari:
Majlis Pelancaran Koleksi Lengkap Karya Tagore di Beijing
2016-05-06 15:14:07 CRI Cetak
Sempena meraikan ulang tahun ke-155 kelahiran Rabindranath Tagore, sasterawan terkemuka India, yang juga penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan yang pertama di Asia, Syarikat Penerbitan Rakyat telah mengadakan majlis pelancaran Koleksi Lengkap Karya Tagore versi bahasa Mandarin yang diterjemah daripada bahasa Bengali semalam.

Lebih 60 orang tetamu termasuk Naib Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Hu Bangsheng; Naib Ketua Editor Syarikat Penerbitan Rakyat, Yu Qing; Timbalan Ketua Misi Kedutaan Bangladesah di China, Delwar Hossain; Kaunselor Kebudayaan India ke China, Vanaja K. Thekkat; para penterjemah serta wakil pelajar Bangladesh dan India telah menghadiri majlis tersebut di CRI.

Penerbitan buku itu bukan sahaja dapat membantu para sarjana China membuat kajian tentang karya-karya Tagore dan para pembaca untuk memahami pemikiran sasterawan tersebut secara menyeluruh, malah menjadi temasya kebudayaan yang amat bermakna bagi mendorong pertukaran budaya antara China dengan India dan Bangladesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China