Cari:
Janet Jackson Hamil Anak Pertama
2016-05-06 16:35:22 CRI Cetak

Penyanyi pop Amerika Syarikat, Janet Jackson hamil anak pertamanya pada usia 50 tahun. Perkara tersebut disahkan oleh sumber terdekat dengan penyanyi berkenaan dalam program Entertainment Tonight baru-baru ini.

Walau bagaimanapun sehingga kini, Janet mahupun suaminya, Wissam Al Mana, 41, belum mengumumkan perkara berkenaan kepada khalayak. Namun, penundaan konsert jelajah Unbreakable pada bulan lalu telah menguatkan lagi spekulasi kehamilan tersebut.

Janet juga secara terbuka membuat permohonan maaf tentang penundaan konsert jelajah itu di akaun Twitter miliknya dengan alasan dia dan suaminya sedang merancang keluarga.

(sumber Kosmo Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China