Media Syria memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia sebagai berkata, gencatan senjata 48 jam yang dilaksanakan di bandar Aleppo dan sesetangah kawasan di wilayah Latakia, utara Syria dilanjutkan selama 72 jam bermula pukul 1 pagi Sabtu waktu tempatan.
Menurut Agensi Berita Syria, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa pihak-pihak terlibat mencapai perjanjian gencatan senjata baharu beberapa minit sebelum gencatan senjata 48 jam tersebut berakhir demi mengelakkan situasi menjadi semakin buruk.