Kejadian tanah runtuh berlaku di kaunti Taining, bandar Sanming, provinsi Fujian, tenggara China pada kira-kira pukul 5 pagi tadi. Setakat pukul 1 petang, kejadian itu telah menyebabkan tujuh orang cedera, manakala 34 lagi hilang.
Sehubungan dengan itu, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan supaya usaha menyelamat dijalankan dengan pantas bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.