Cari:
Filipina Berniat Sembunyi Pendudukan secara Haram di Kepulauan Nansha
2016-05-08 15:01:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tindakan Filipina membangkitkan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan bertujuan untuk menyembunyikan fakta bahawa negara itu menduduki secara haram sebahagian pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha milik China.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Laut, Kementerian Luar China, Ouyang Yujing dalam sidang media baru-baru ini.

Kata beliau, China telah memeterai 29 perjanjian dengan 12 buah negara jiran bagi menyelesaikan masalah persempadanan darat dalam tempoh 50 tahun lalu. China mengekalkan usaha untuk menyelesaikan pertikaian dengan Filipina berhubung isu Laut China Selatan melalui rundingan. Namun, Filipina tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan China tentang mana-mana isu daripada 15 dakwaan yang dibangitkan negara itu dalam hal ini.

Beliau menjelaskan bahawa Filipina mulai menduduki secara haram sebahagian pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha pada tahun 1960-an. Namun, Filipina membangkitkan kes timbang tara tersebut secara sepihak dengan menyalahgunakan Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Tambah beliau lagi, China mengekalkan dasar luar yang yang berkecuali dan damai. Dasar luar yang mengutamakan hubungan baik sesama tetangga merupakan prinsip asas dalam penyelesaian pertikaian persempadanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China