Cari:
Rumah Api Bantu Jamin Keselamatan Pelayaran di Laut China Selatan
2016-05-08 15:02:37 CRI Cetak

Projek pembinaan China di pulau dan terumbu Laut China Selatan bertujuan untuk memperbaiki kehidupan anggota yang ditempatkan di sana, selain menyediakan pelbagai perkhidmatan awam termasuk usaha menjamin keselamatan pelayaran, perlindungan alam sekitar, operasi menyelamat ketika berlaku kecemasan dan ramalan cuaca.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Laut, Kementerian Luar China, Ouyang Yujing dalam sidang media baru-baru ini.

Menyentuh rumah api yang telah siap dibina oleh China di terumbu di Laut China Selatan, beliau berkata rumah api itu bakal memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan pelayaran, memandangkan sebanyak lebih 100 ribu buah kapal kargo belayar di kawasan perairan tersebut setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China