Cari:
Penyusunan Semula Struktur Ekonomi China Berfaedah kepada Pembangunan Asia
2016-05-09 14:09:20 CRI Cetak

Baru-baru ini, pejabat wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di China mengadakan sidang media untuk bertukar-tukar pendapat dengan wartawan mengenai laporan IMF yang bertajuk "Ringkasan Prospek Ekonomi di Rantau Asia Pasifik".

Wakil kanan IMF ke China, Alfrred Schipke menyatakan bahawa Asia tetap merupakan enjin penggerak ekonomi dunia, namun situasi di beberapa kawasan lain semakin sukar.

Laporan itu menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik pada tahun ini dan tahun depan kepada 5.3 peratus. Berbanding dengan permintaan yang lemah di beberapa kawasan lain, permintaan domestik kebanyakan entiti ekonomi di rantau Asia Pasifik masih kekal stabil.

Serentak dengan itu, IMF menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China kepada 6.5 peratus pada tahun ini dan 6.2 peratus pada tahun depan. IMF yakin bahawa penyusunan semula struktur ekonomi China, dan transformasi China iaitu sektor perkhidmatan dan penggunaan menggantikan industri pembuatan dan pelaburan menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi, akan membawa faedah kepada pertumbuhan ekonomi rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China