Filem adi wira Captain America: Civil War mengungguli carta pecah panggung pada minggu pertama tayangan di Amerika Utara hujung minggu lalu apabila meraih kutipan tiket sebanyak USD 181.8 juta (RM727.4 juta).
Menurut Marvel Studio yang memetik syarikat penganalisis pasaran comScore, jumlah tersebut menjadikan Captain America: Civil War sebagai filem kelima mengaut keuntungan paling tinggi pada minggu pertama tayangan di Amerika Utara selepas Avengers: Age of Ultron dengan USD 191.3 juta (RM765.4 juta).
USA TODAY melaporkan, setakat ini, filem yang menampilkan aktor Chris Evans sebagai Captain America dan Robert Downey Jr. sebagai Iron Man itu berjaya mengumpul sebanyak USD 678.4 juta (RM2.7 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia.
(sumber Utusan Malaysia)