Cari:
Kerajaan China Galak Integrasi Internet dalam Industri Pembuatan
2016-05-10 16:09:49 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mempengerusikan mesyuarat Dewan Negara China minggu lalu.

Mesyuarat itu yakin bahawa integrasi Internet dalam industri pembuatan merupakan langkah penting dalam usaha mengintensifkan reformasi struktur, membangunkan ekonomi baharu dan mempercepat penaiktarafan "buatan China".

Mesyuarat itu turut mengemukakan langkah-langkah dan cadangan ke arah usaha tersebut, antaranya termasuklah kerajaan menyokong syarikat-syarikat industri pembuatan membangunkan platform dalam Internet, mendorong percubaan rintis dalam sistem pengeluaran pintar, di samping menggalakkan sumber-sumber perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diperkenalkan dalam platform Internet serta melonggarkan standard kemasukan pengelolaan model baharu ke dalam pasaran.

Sehubungan dengan itu, kerajaan juga akan meningkatkan sokongan dasar dalam percukaian, kewangan dan hartanah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China