Cari:
Prospek Perdagangan Luar China Cerah
2016-05-11 11:44:05 CRI Cetak

Prospek perdagangan luar China tetap cerah pada asasnya dalam jangka masa panjang, walaupun masih menghadapi tekanan ekoran kesuraman situasi semasa.

Menurut Laporan Situasi Perdagangan Luar China (Musim Bunga 2016) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China semalam,

perdagangan luar negara ini masih menghadapi cabaran dan tekanan hebat berikutan kemerosotan permintaan pasaran antarabangsa, kekurangan daya saing baharu dalam perdagangan luar dan impak pergeseran dalam perdagangan yang lebih menonjol.

Walau bagaimanapun, prospek perdagangan luar China tetap cerah, usaha pengubahsuaian struktur, transformasi dan penaiktarafan telah mencapai hasil baharu. Kerajaan China akan mengamalkan pelbagai insentif dan dasar-dasar utama untuk menyokong peningkatan perdagangan luar.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China