Jurucakap Kementerian Luar China Lu Kang semalam berkata, punca inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) boleh mencapai kejayaan dalam jangka masa yang singkat adalah kerana inisiatif itu selaras dengan arah aliran pembangunan dan keamanan di dunia ini serta selaras dengan keperluan dan kepentingan bersama negara-negara serantau.
Lu Kang berkata, sejak inisiatif B&R dikemukakan dua tahun lalu, kerjasama pragmatik pelbagai negara telah mencapai kemajuan yang menggalakkan. Lebih 70 negara dan pertubuhan antarabangsa menunjukkan minat untuk menyertai inisiatif berkenaan. Antaranya, lebih 30 negara telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan China. Pelbagai projek kerjasama sedang dilaksanakan dengan lancar, seperti Bank Pelaburan dan Infrastuktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera.
Menurut Lu, kejayaan tersebut disebabkan pembinaan B&R bermanfaat untuk meningkatkan kesalinghubungan Asia-Eropah. Di samping itu, inisiatif tersebut juga meningkatkan lebih banyak peluang kerja, membaiki taraf hidup rakyat serta selaras dengan keperluan pragmatik dan kepentingan bersama.