Cari:
China: Bekerjasama untuk Banteras Penyebaran Hasutan Keganasan Melalui Siber
2016-05-12 14:49:54 CRI Cetak

Wakil Tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Liu Jieyi semalam berkata, masyarakat antarabangsa harus mementingkan dan bekerjasama untuk membanteras penyebaran sebarang hasutan dan ideologi keganasan melalui Internet.

Semasa berucap dalam perdebatan terbuka tentang "Memerangi Hasutan dan Ideologi Keganasan" yang diadakan Majlis Keselamatan PBB semalam, Liu Jieyi berkata, kumpulan pengganas cuba memutarbelitkan doktrin agama, menyebarkan ideologi keganasan dan fahaman pelampau dengan menggunakan teknologi baharu seperti Internet dan media sosial sekarang. Dengan ini, asas ideologi keganasan harus dibasmi, manakala saluran untuk menyebarkan fahaman pelampau harus disekat. Pelbagai negara harus meningkatkan kerjasama, menggalakkan dialog antara pelbagai tamadun dan membina hubungan antarabangsa yang jenis baharu.  

Tambah beliau, pelbagai negara harus memasukkan strategi pembangunan dan keselamatan negara dalam usaha membanteras keganasan dan menentang kegiatan penyebaran fahaman pelampau melalui pemesongan doktrin agama atau cara-cara lain yang boleh mencetuskan kebencian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China