Cari:
China Minta AS Bezakan Kebebasan Pelayaran Komersial dengan Kebebasan Pelayaran Kapal Tentera
2016-05-12 13:35:16 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyatakan bahawa baik negara kecil, mahupun kuasa besar lain di dunia sentiasa berharap agar kebebasan pelayaran komersial dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa, namun tidak ada mana-mana negara seperti Amerika Syarikat (AS) yang sanggup mencabuli undang-undang antarabangsa semata-mata mahu menuntut kebebasan pelayaran kapal tentera.

Dalam sidang media Kementerian Luar China semalam, Lu Kang menyatakan bahawa China berharap agar AS meratifikasi dengan segera Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) agar lebih meyakinkan ketika berbicara tentang undang-undang antarabangsa.

Lu Kang berkata, Pegawai AS pernah berkata, kebebasan pelayaran lebih penting bagi negara yang kecil, tetapi nampaknya mereka melupakan perbezaan antara pelayaran komersial dengan pelayaran kapal tentera. Setakat ini, kebebasan pelayaran komersial di kawasan perairan Laut China Selatan tidak pernah terganggu, tetapi pada ketika ini AS telah menuntut kebebasan pelayaran kapal tentera di kawasan perairan tersebut yang ternyata melanggar undang-undang antarabangsa.

Lu Kang pula berkata, menurut peraturan UNCLOS, kapal negara asing boleh berlayar melalui kawasan perairan negara lain, namun kapal tentera tidak memiliki hak tersebut. AS menolak untuk meratifikasi UNCLOS dan sebelum UNCLOS dikeluarkan, mereka telah mengemukakan jadual pelayaran bebas, yang mana mendapat banyak tentangan, terutamanya daripada negara kecil dan sederhana. Oleh itu, sekiranya pihak AS mahu membicarakan kepentingan negara kecil, diharap dapat menghormati fakta asas tersebut terlebih dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China