Cari:
Setiausaha Agung Liga Arab: Sokong China Pelihara Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah
2016-05-13 14:32:05 CRI Cetak

Negara-negara Arab menyokong China dalam usaha memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Demikian dikatakan oleh Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby dalam sidang media yang diadakan setelah beliau menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri ke-7 Forum Kerjasama China-Arab di Doha, Qatar semalam.

Nabil Elaraby berkata, China merupakan rakan strategik dan sahabat sejati bagi negara-negara Arab. Negara-negara Arab memberikan respons positif terhadap cadangan pembinaan bersama inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping dalam lawatan bersejarah ke negara-negara Arab dan ibu pejabat Liga Arab pada bulan Januari tahun ini. Negara-negara Arab bersedia untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan China dalam proses pembinaan inisiatif tersebut.

Tambah beliau, negara-negara Arab pendirian China dalam isu-isu yang berkaitan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). "Deklarasi Doha" yang diratifikasi dalam forum hari ini juga menyeru pelbagai negara menghormati hak berdaulat negara lain dan hak memilih kaedah penyelesaian pertikaian secara bebas yang dimiliki oleh anggota UNCLOS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China