Cari:
Parlimen Eropah Enggan Iktiraf Status Ekonomi Pasaran China
2016-05-13 15:06:19 CRI Cetak
Sidang pleno Parlimen Eropah semalam meluluskan resolusi yang tidak bersifat undang-undang yang menentang untuk mengiktiraf status ekonomi pasaran China.

Resolusi tersebut menyatakan bahawa beberapa syarikat dan kesatuan sekerja Kesatuan Eropah (EU) bimbang kemasukan lebih banyak produk China dalam pasaran EU akan mengancam pengendalian syarikat dan peluang pekerjaan EU jika mengiktiraf status ekonomi pasaran China.

Namun, Parlimen Eropah dalam resolusi itu juga menegaskan bahawa China merupakan rakan dagang kedua terbesar EU dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencecah 1 bilion Euro. Selain itu, pasaran China merupakan sumber terpenting bagi kebanyakan syarikat dan jenama EU mengaut keuntungan.

Parlimen Eropah menyatakan bahawa EU tidak boleh melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Maka, Parlimen Eropah meminta Suruhanjaya Eropah berbincang dengan rakan dagang utama yang lain agar memberikan penjelasan mengenai peraturan WTO yang melibatkan status ekonomi pasaran China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei sebelum ini pernah menyatakan harapan agar EU menunaikan janji ketika China menganggotai WTO, dan tidak meneruskan tindakan yang tidak adil terhadap China dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China