Cari:
Rundingan Keselamatan Strategik dan Kawalan Senjata Multilateral China-AS ke-8 di Washington
2016-05-13 15:08:26 CRI Cetak

Rundingan Keselamatan Strategik dan Kawalan Senjata Multilateral China-Amerika Syarikat (AS) ke-8 diadakan di Washington, AS semalam waktu tempatan.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong dan Naib Setiausaha Negara AS, Rose Eilene Gottemoeller bersama-sama mempengerusikan mesyuarat itu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai situasi keselamatan antarabangsa, tadbir urus global bidang nuklear, keselamatan ruang angkasa lepas, pertahanan peluru berpandu dan kawalan senjata serta isu keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama.

Li Baodong menegaskan, ketika berdepan dengan situasi keselamatan antarabangsa yang rumit dan serius, China dan AS perlu meningkatkan kerjasama yang kondusif demi kepentingan bersama dan berfaedah untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan dunia. Li Baodong turut menyatakan pendirian China yang menentang penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

Kedua-dua pihak bersetuju dengan prinsip saling menghormati dan bekerjasama serta mewujudkan situasi menang-menang dalam usaha mengembangkan mekanisma rundingan ini dengan baik serta bersetuju rundingan pusingan baharu akan diadakan pada setengah tahun kedua nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China