Cari:
Wang Yi Adakan Lawatan Rasmi ke Tunisia
2016-05-14 16:23:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Tunisia, Beji Caid Essibsi dan Perdana Menteri, Habib Essid semalam masing-masing ditemui Menteri Luar China, Wang Yi yang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Essibsi menyatakan bahawa rakyat Tunisia dan China merupakan sabahat handai. Lawatan Wang Yi kali ini diyakini dapat menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua negara dan membuahkan hasil yang baharu. Kedua-dua pihak juga diharap menggalakkan pertukaran pelbagai peringkat untuk memperkasa kerjasama. Lebih banyak perusahaan China dialu-alukan melabur dan memainkan peranan penting dalam pembinaan infrastruktur Tunisia.

Wang Yi berkata, China bersedia meneroka bidang dan saluran yang baharu dalam kerjasama China dan Tunisia. Syarikat China digalakkan melibatkan diri secara proaktif dalam kerjasama projek infrastruktur utama di Tunisia, dan kerajaan China berharap Tunisia dapat menyediakan suasana pelaburan yang baik dan selamat kepada syarikat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China