Cari:
Sokongan Antarabangsa Semakin Meningkat terhadap Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
2016-05-14 14:40:40 CRI Cetak

Pendirian China dalam isu Laut China Selatan sedang mendapat persefahaman dan sokongan daripada semakin banyak negara, dan China memuji suara adil yang dikeluarkan oleh negara dan pertubuhan serantau berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China Lu Kang dalam sidang media semalam menyatakan bahawa Deklarasi Doha yang ditandatangani bersama-sama oleh 22 buah negara Arab dan China dalam Mesyuarat Peringkat Menteri ke-7 Forum Kerjasama China-Arab kelmarin menegaskan sokongan terhadap pendirian China untuk menyelesaikan persengketaan wilayah dan maritim melalui rundingan dengan negara-negara terbabit berdasarkan perjanjian dua hala dan persepakatan rantau berkenaan. Deklarasi itu menyeru pelbagai negara menghormati hak berdaulat negara lain dan hak memilih kaedah penyelesaian pertikaian secara bebas yang dimiliki oleh anggota Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

Lu Kang menyatakan, baru-baru ini, Venezuela dan Mauritania masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk menyeru negara-negara terbabit menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui rundingan. Selain itu, Menteri Luar Gabon mengirim surat kepada Menteri Luar China, Wang Yi yang menyatakan sokongan terhadap pendirian China dalam isu Laut China Selatan.

Lu Kang menyatakan bahawa sokongan tersebut menggambarkan pandangan masyarkat antarabangsa yang adil dan objektif terhadap isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China