Cari:
Fu Ying dan Wu Shicun Keluarkan Artikel Berhubungan Isu Laut China Selatan
2016-05-14 16:08:37 CRI Cetak
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga ketua pakar Kumpulan Pemikir Strategi Sejagat Negara Akademi Sains dan Sosial China, Fu Ying dan Presiden Institut Pengajian Laut China Selatan, Wu Shicun baru-baru ini mengeluarkan artikel yang bertujuk "Situasi Laut China Selatan dan Pertikaian Kepulauan Nansha: tinjauan kembali terhadap sejarah dan pemikiran tentang realiti. Artikel ini disiarkan serentak oleh China Newsweek dan The National Interest AS.

Artikel ini terdiri daripada enam bahagian: pencerobohan negara asing termasuk Jepun terhadap Kepulauan Nansha dan situasi pulau-pulau di Kepulauan Nansha pasca Perang Dunia Kedua, pertarungan pelbagai pihak berlatarbelakangkan perang dingin, jalan yang menyulitkan untuk mencapai Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), situasi yang nampaknya tenteram, namun penuh pergelutan tersembunyi selama sedekad, kebenaran di belakang situasi Laut China Selatan yang meruncing, China akan meningkatkan kemampuan untuk mengawal situasi dan menggalakkan kerjasama.

Artikel itu menyatakan bahawa pendirian China dalam isu Laut China Selatan boleh difahami dari beberapa bidang sebagai berikut, pertama, dasar China berhubung dengan Laut China Selatan bertujuan memelihara keselamatan kedaulatan serta hak dan kepentingan maritim negara. Kedua, China komited kepada menjamin kebebasan pelayaran dan keselamatan laluan perkapalan. Ketiga, tugasan terpenting bagi China dan negara yang memiliki garis pantai dengan Laut China Selatan adalah memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. Ketempat, kepentingan strategi bersama China dan AS dalam isu Laut China Selatan adalah kebebasan dan keselamatan pelayaran serta kemakmuran dan kestabilan di kawasan sekitar Laut China Selatan.

Artikel itu menunjukkan bahawa China dan AS tidak mempunyai persengketaan dalam isu Laut China Selatan, kedua-dua negara perlu berdialog untuk membebaskan diri daripada kesukaran dan salah faham dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China