Cari:
Import-Eksport Perdagangan Perkhidmatan China Meningkat 23.7%
2016-05-15 16:19:01 CRI Cetak

Perdagangan perkhidmatan China pada suku pertama tahun ini terus mengekalkan trend peningkatan yang baik. Jumlah import dan eksport perdagangan perkhidmatan telah mencatat RMB 1.2 trilion dengan meningkat 23.7% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.

Menurut data Kementerian Perdagangan China, eksport perdagangan perkhidmatan telah meningkat 4.5% kepada RMB 428.6 bilion, manakala import pula meningkat 37.3% kepada RMB 793.2 bilion. Nisbah perdagangan perkhidmatan dalam perdagangan luar China semakin meningkat. Ini menandakan bahawa struktur perdagangan perkhidmatan China terus dioptimumkan sehingga eksport dalam beberapa sektor penting meningkat dengan pesat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China