Cari:
Perancis Berusaha Hidupkan Semula Rundingan Damai Israel-Palestin
2016-05-16 14:50:11 CRI Cetak

Perancis akan terus menggalakkan penganjuran mesyuarat antarabangsa bagi tujuan menghidupkan semula rundingan antara Israel dengan Palestin.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv sebelum mengakhiri lawatan singkat selama sehari ke Palestin dan Israel, semalam.

Menurut beliau, biarpun saranan Paris untuk mengadakan mesyuarat antarabangsa itu telah ditolak kerajaan Israel, namun Perancis berserta dengan negara-negara lain akan berpegang teguh pada keputusan tersebut hingga mesyuarat berkenaan dapat dilaksanakan.

Pada ketika ini, rundingan Israel-Palestin telah menemui jalan buntu.

Oleh itu, dorongan dari luar diperlukan untuk memujuk kedua-dua negara itu supaya kembali ke meja rundingan.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, selepas ditemui dengan menteri luar Perancis itu berkata, Kabinet Israel menolak saranan Paris itu kerana rundingan langsung tanpa sebarang prasyarat adalah satu-satunya pendekatan untuk mencapai kedamaian yang berkekalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China