Cari:
Tindakan Jepun akan Dicemuh Negara Lain
2016-05-17 15:57:24 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam menyatakan bahawa Jepun memutarbelitkan pendirian Kuwait tentang isu Laut China Selatan. Tindakan tersebut akan ditertawakan oleh pelbagai pihak.

Agensi Kyodo Jepun sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Shinzo Abe dan rakan sejawatnya dari Kuwait, Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah telah mengadakan rundingan. "Kedua-dua pemimpin berpendapat bahawa China sedang berusaha untuk mengubah secara sepihak status Laut China Timur dan Laut China Selatan hingga meruncingkan situasi keselamatan di Asia Timur".

Menurut Hong, Jepun baru-baru ini sering memutarbelitkan pendirian negara lain. Tindakan seumpama itu hanya akan menjadi bahan ketawa sahaja.

Pihak berkuasa Kuwait sebelum ini telah menolak laporan Jepun tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China