Cari:
Senat AS Lulus Rang Undang-undang Benarkan Mangsa 11 September Saman Arab Saudi
2016-05-18 15:40:48 CRI Cetak

Senat Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan rang undang-undang yang membolehkan keluarga mangsa 11 September menyaman kerajaan Arab Saudi, sekali gus mencetuskan pertikaian politik dengan Rumah Putih, yang mengancam menggunakan kuasa veto.

Bagaimanapun, Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest dalam sidang media semalam sekali lagi mengulangi bantahan kerajaan Obama terhadap rang undang-undang tersebut, yang dianggap mencabar kekebalan negara berdaulat seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa, di samping menyebabkan kepentingan AS dalam sistem kehakiman lain terdedah kepada ancaman.

Selain itu, Arab Saudi, yang menafikan bertanggungjawab ke atas serangan 2001, membantah sekeras-kerasnya rang undang-undang berkenaan.

Menteri luar negara itu, Adel bin Ahmed al-Jubeir berkata, bantahan negaranya ke atas rang undang-undang tersebut adalah berdasarkan kepada prinsip hubungan antarabangsa.

Mereka mungkin akan menjual sehingga USD 750 bilion (RM 3 trilion) sekuriti AS dan aset-aset Amerika lain sebagai tindak balas jika rang berkenaan menjadi undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China