Cari:
Kuasa Besar Dunia Bincang Krisis Syria
2016-05-18 15:41:52 CRI Cetak

Kumpulan Penyokong Antarabangsa Syria (ISSG) komited untuk menyelesaikan pertelagahan puak-puak Syria, menjamin bantuan kemanusiaan sampai di seluruh negara itu dan menggalakkan proses peralihan politik di Syria.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata kepada media selepas berakhirnya Sidang Menteri Luar ISSG ke-5 di Vienna semalam, semua pihak bersetuju untuk memperkasakan kerjasama bagi memastikan gencatan senjata dapat dilaksanakan di seluruh Syria.

Menurut beliau, 1 Jun ini adalah tarikh akhir untuk memulihkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik.

Jika pasukan penyelamat masih dilarang daripada memasuki kawasan tersebut pada ketika itu, Program Makanan Sedunia (WFP) akan ditugaskan untuk menjatuhkan barang-barang bantuan dari udara.

Dalam pada itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa AS memberi tekanan kepada pihak ketiga bagi menyekat penyaluran dana terhadap kumpulan militan Barisan Al-Nusra, cawangan Al-Qaeda di Syria.

Mengenai rundingan damai antara kerajaan Syria dengan pemberontak yang diadakan di Geneva, utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi krisis Syria, Staffan de Mistura berkata, gencatan senjata menyeluruh serta akses pasukan penyelamat ke kawasan konflik merupakan prasyarat untuk menyambung semula rundingan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China