Cari:
31 Maut dalam Tiga Serangan Bom di Baghdad
2016-05-18 15:42:40 CRI Cetak

Tiga letupan bom mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 82 mangsa di Baghdad, semalam dalam siri serangan berdarah di ibu negara Iraq pada tahun ini.

Menurut sumber polis, satu serangan bom nekad didakwa dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di sebuah pasar di daerah al-Shaab, utara Baghdad, mengorbankan 15 orang dan mencederakan 37 mangsa.

Sementara itu, satu serangan bom kereta di kejiranan al-Rasheed, selatan Baghdad, menyaksikan 5 maut, manakala 10 lagi cedera.

Satu lagi serangan bom kereta di timur bandar raya itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 maut dan 35 yang lain cedera.

Beberapa tahun ini, keselamatan di Baghdad kian pulih walaupun IS menguasai beberapa kawasan sehingga menghampiri pinggir bandar tersebut.

Namun, serangan yang didakwa dilakukan IS di Baghdad dan kawasan sekitarnya, pada minggu lalu telah mengorbankan lebih 100 orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China