Cari:
China, UNWTO Anjur Persidangan Pembangunan Pelancongan Dunia
2016-05-18 14:40:30 CRI Cetak

Persidangan Pembangunan Pelancongan Dunia yang pertama anjuran kerajaan China dan Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) dirasmikan di Beijing hari ini.

Wakil dari 107 negara dan 15 pertubuhan antarabangsa menyertai persidangan yang bertemakan "pelancongan mendorong pembangunan dan keamanan".

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Negara, Li Shihong berkata, tema persidangan kali ini memperlihatkan peranan sektor pelancongan yang semakin penting dalam usaha mendorong pembangunan sosioekonomi dan memelihara keamanan.

Pada ketika ini, pelbagai negara menganggap sektor pelancongan sebagai kaedah utama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Sektor pelancongan telah menjadi industri yang berkembang paling pesat di dunia.

Persidangan kali ini mencerminkan hasrat pelbagai negara untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam sektor pelancongan serta bersama-sama mendorong pembangunan mampan ekonomi dunia yang menjadi aspirasi bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China