Cari:
Nahas Pesawat EgyptAir Dipercayai Angkara Pengganas
2016-05-20 14:25:11 CRI Cetak

Menurut pihak berkuasa Mesir, pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean, ketika penerbangan dari Paris ke Kaherah dengan membawa 66 penumpang dan anak kapal, berkemungkinan angkara pengganas.

Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sherif Fathi berkata kepada media, serangan pengganas berkemungkinan menjadi punca kehilangan pesawat tersebut berbanding dengan kegagalan teknikal.

Setakat ini, nahas itu masih disiasat dan pihaknya masih belum menerima maklumat terkini tentang nasib pesawat terbabit.

Dimaklumkan, Mesir bakal mengetuai jawatankuasa penyiasatan pesawat EgyptAir yang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan menuju ke Kaherah.

Jawatankuasa terbabit turut dianggotai Perancis, negara yang menjadi pengeluar pesawat Airbus A320.

Jawatankuasa itu akan memulakan pencarian kotak hitam dan mengumpulkan bukti sebaik-baik sahaja bangkai pesawat ditemukan.

Britain dan Greece turut menawarkan bantuan untuk melakukan siasatan.

Sehingga malam tadi, pasukan penyelamat masih gagal menemukan sebarang serpihan pesawat.

Sebelum ini, penemuan dua objek berwarna oren di kawasan perairan selatan Greece bukan milik pesawat yang malang itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China