Cari:
Serpihan Pesawat EgyptAir Dijumpai
2016-05-21 14:05:08 CRI Cetak

Tentera Mesir semalam menyatakan bahawa mereka menemukan serpihan pesawat penerbangan EgyptAir, MS804, sekali gus memberi harapan untuk mengenal pasti lokasi tepat pesawat itu yang terhempas di Laut Mediterranean.

Pihak tentera dalam kenyataan menyebut, serpihan tersebut dijumpai kira-kira 290 kilometer dari Alexandria, oleh pesawat tentera udara dan kapal tentera laut Mesir semalam. Tentera laut negara itu juga menjumpai bahagian badan manusia dan beberapa barangan peribadi milik penumpang. Punca yang menyebabkan pesawat tersebut dipercayai terhempas masih lagi disiasat.

Sementara itu, tiga orang penyiasat kemalangan penerbangan Perancis tiba di Kaherah untuk menyertai siasatan kehilangan pesawat berkenaan yang diketuai Mesir. Operasi mencari lokasi dua kotak hitam pesawat itu sedang dijalankan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Greece, Alexis Tsipras berjanji kepada rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bahawa Athens akan menghulurkan tangan memberikan apa-apa jua bantuan kepada Kaherah apabila dimohonkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam menerusi jurucakapnya menzahirkan rasa dukacita dan takziah terhadap nahas Mesir tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China